I love blogger

Thursday, April 1, 2010

sedekahkan al fatihah buat alyarham din beramboi.

Din Beramboi meninggal dunia
02/04/2010 2:47am

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

* petikan di ambil dari utusan.

p/s mula mula yana baca di facebook dan orang war warkan ianya hanya april fool, tapi ini kenyataan yang di ambil dari utusan

2 comments:

fizah said...

al-fathihah..
negara kita dah kehilangan seorang pelawak...

NJ said...

baru post entri semlm,harini dah meninggal . Mudahnya..
:(