I love blogger

Monday, May 31, 2010

SIHAT TANPA KE GIM

saya nak kurus! saya nak kurus, okeh, everyday kalau cakap camtu. pastu 44 hari pulak tu, komperm bley kurus kan. even tanpa usaha, dan sedap sedap je nak makan KFC hari hari, baru jadi team member, badan I dah berhasil naik lebih 2 kg. mana tak nye, dulu nak mam kFC tunggu bf kesayangan bawak g sana, but now everyday can eat black papper crunch sebab jadi team member kat sana. yeah , badan I pon dah macam ayam kFC. huhuhu.

actually, nak cerita hidup sihat tanpa ke gim,kang kalau I pergi gim, naik muscle sana sini pulak kan, adapulak orang tak ngaku I ni kawan dia. haha. tah jantan ke apatah ni! hurm sebelum umur 24 mesti turun samai 48 kg! sebab sekarang I takot overweight lah! owh GOD! macamana nak turun sampai 48 kalau hari hari makan fries?

nak cerita pasal GIM, kalau poket penuh dengan wang berkepok boleh la ke GIM. tapi kan ada banyak cara lain untuk mengekalkan kesihatan tanpa ke gim. dan ianya tidak lah membebankan poket kita, lakaukan perkara mengikut kemampuan.

1.CARI VIDEO VIDEO SENAMAN




sekarang ni kan banyak rutin rutin harian yang boleh kita lakukan seperti yoga, aerobik atau tarian, untuk meregangkan otot otot kita yang bercantum secara ketat,. inilah cara terbaik. kalau nak lebih sihat, dapatkan bf yang akan pakse anda untuk sama sama jogging, supaya anda dan pasangan anda turut hidup dalam keadaan sihat.

2.BERJALAN SAHAJA.



berjalan merupakan senaman yang paling ringkas dan mudah. ia mengatkan kaki dan memantapkan bahagian pinggul atau punggung. contohnye, pilihlah berjalan kaki ke kampus.even ada bus atau kenderaan awam, walaupun nak ke kampus tu pejalanan dia macam dari bawah ke atas batu caves punya tangga tu. ha korang yang duk hostel tu, why not ary ary turun naik tannga, untuk daat kaki yang jambu jambu cekeding. sweet auh!

3.GUNAKAN TALI SKIP

melompat menggunakan tali skip adalah senaman yang baik untuk membakar lemak badan, 30 jam sehari. eh tak, 3o minit sehari pun sudah memadai. elok untuk betis tangan dan lain lain

4.SENAMAN TERBAIK SUAMI ISTERI.

korang yang belum nikah, jangan gedik gedik nak try eh.kang aku sepak korang. haha. ini untuk kawan kawan yang dah bergelar suami, tanpa mengeluarkan wang untuk ke GIM, boley mengeluarkan peluh juga. sorry, picture tak de eh, sensoreD.


so, TAnpa kE gim PUN, KITA MAMPU HIDUP dengan sihat kan kawan kawan. untuk kawan kawan yang dah mula menembam kan diri, sebab cuti sem. tak salah memulakan hidup dengan keadaan yang sihat. so go for it! bayangkan dalam masa konvo nanti, I dah solid, macam minum HERBAL LIFE. ;)

No comments: