I love blogger

Wednesday, May 12, 2010

kalau jeles sayang! kalau tak jeles tak sayang ke

baru aku suruh pacak pacak sikit! dah ada orang nak ngorat ngorat pulak. banyak cantik muka dia! langkah dulu ibu jari aku. haha.

aku nak tanya sikit, zaman sekarang ni memang perempuan eh yang mengorat lelaki.?
huh, mendapat lah pulak kalau kau mengorat orang yang pendiam macam acong ni. tak dapat der nak jack!( haaha, tah betul tah tidak gua eja)

acong cerita kat aku apa yang berlaku kat lab dia. bila dia cerita,aku tak respons pun. senyap tak, bising atau mengamuk pun tak! aku pun tak tahu kenapa aku blur.tapi bukan menda ni , yang aku nak cerita.aku just nak cerita pasal " cemburu tanda sayang!"

orang kata kalau cemburu tu tanda nye sayang, eh betul ke? dah tu , kalau tak cemburu itu tanda nye apa? tapi kan kalau kita dah betul yakin orang tu sayang dekat kita, kenapa perlu ada rasa cemburu kan? memang lah , adat kalau kita cemburu sebab dia mula nak rapat dengan perempuan lain. kalau aku, setakat nak kawan kawan memang tak de hal, tapi kalau dah hari hari men msg mengalahkan boypren dengan girlpren memang lah aku hangin. lagi satu, mama penah pesan depan aku ngan dia, jangan kuat cemburu sangat. laki ni jenis , lagi kita cemburu, lagi gedik gedik lah dia buat perangai.

entah lah, semenjak dua menjak ni. perangai aku yang suka sangat nak cemburu sudah makin berkurang. maybe sebab dah lama kot couple, aish lebih dari setahun tu kira lama jugak kan ;).mungkin sebab dah yakin sangat tak akan merasa kehilangan. peh, kenapa entah aku rasa yakin. mugkin sebab semua yang aku lalui, buat aku rasa yakin sangat. aku harap dia akan kota kan janji dia.

kenapa ntah aku suka wrote kat blog macam diari aku. sebab aku suka nak cerita tentang diri aku. ini kan blog aku. korang yang gigih baca sampai habis. mekasey ;)!
kau tahu, harapan aku tinggi menggunung. impian aku tak tercapai dek pemikirian, kata pun impian elyana!

nah kat sini saya buat pengakuan, saya bukan tak nak respons. tapi saya suka nak conteng kat sini, biarlah semua tahu. kalau satu hari nanti saya mati pun, blog ni ada untuk awak. awak boley baca, dan tarikh pun ada. awak boley ingat semua yang kita lalui.bukan saya tak jeles, saya jeles cuma bila kalau awak layan perasaan orang len. gila ke hape, lau saya ni tak de perasaan.haih, ni saya nak bgtahu. saya dah jatuh cinta kat awak , semenjak kali pertama saya pandang awak, kan saya penah berjanji, masa 1st time saya tengok gambar awak dan berjanji. janji tu akan saya simpan sampai bila bila. ;) thanx, sebab sudi jadi gula gula saya.

p/s kim salam kat budak yang cuweet cueet kat awak,men cak cak kat awak, haha. sebelum saya lambai kepala dia. bek suruh dia diam diam duduk buat kerja

7 comments:

Liyana zafran said...

saya suka yang notakaki awak tu :)
kadang2 saya tak jealous jugak tapi tak semestinya tak sayang cuma malas nak amik pusing nnt kepala pusing.

baba said...

warh!!.... bkn main jeles lg.. hakhak

liyanaKim said...

JELES tu mmeng patut kan. tapi kena beragak la.

baba: haha, jgn muntah sebab aku jeles

Mya said...

yup.. mmg betokl, semakin lama bercinta, semakin tidak rasa jeles.. (eh, bukan tak de, ade, cume kurang)

nape? mungkin sebab mempercayai si dia.. :)

liyanaKim said...

aah mungkin sebab mempercayai si dia kot mya.

enjelinajolipit said...

gua benci betina yg menggatal dgn pitt depan mata gua. lagi skali gua jumpa, gua kasi dia lempang sampai beterabo gigi.

liyanaKim said...

lu lempang, gua just nak lambai kepala dia je . haha